Home » Motivasi » Work At Home Mum Malaysia

Work At Home Mum Malaysia

February 17, 2014 5:16 pm by: Category: Motivasi Leave a comment A+ / A-

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Work At Home Mum Malaysia merupakan topik pilihan pada kali ini memandangkan ia telah menjadi fenomena baru di kalangan ibu-ibu di Malaysia.

WAHM world

 

Hampir setiap hari saya membaca keluhan ibu-ibu dalam satu group FB berkenaan anak masing-masing. Antaranya:

ibu sedih

keluhan ibu

Memilih menjadi Work At Home Mum (WAHM) merupakan satu niat yang murni demi memastikan anak-anak terjaga dan pada msa yang sama dapat menjana pendapatan keluarga. Apa jua matlamat anda, haruslah bermula dengan perancangan awal agar tersusun dan teratur.

Perkara yang perlu dirancang sebagai WAHM

1. Rancang waktu untuk mengemas rumah pada waktu yang sama dalam tempoh yang ditetapkan.

Contohnya, mula megemas rumah 8 pagi dalam tempoh 1 jam.  Sekiranya masih belum selesai, berhenti terlebih dahulu.Lakukan kerja rumah secara berperingkat. Jangan streskan diri untu meyiapkan segala-galanya pada masa yang sama. Lakukan setiap hari secara konsisten.

2. Rancang urusan memasak dengan menyediakan menu masakan yang mudah selam seminggu. Di samping itu, sangat digalakkan untuk menyediakan bahan masakan dalam kuantiti yang diperlukan terlebih dahulu.

3. Rancang tempoh masa untuk digunakan sewaktu berbelanja di pasaraya supaya tidak membazir masa. Ini salah satu kelebihan bagi WAHM kerana waktu tidak terikat dengan waktu kerja. Apa-apa pun anda perlu berdisiplin.

4. Rancang matlamat yuang realistik terutama berkenaan pendapatan dan kongsikan dengan suami serta keluarga supaya mereka membantu anda.

5. Wujudkan ruang pejabat sendiri atau SOHO kerana tanpa SOHO sukar untuk anda bekerja dengan efektif. Cukup hanya bermula dengan ruang yang kecil. Lengkapkan ruang pejabat anda dengan kelenekapan asas seperti kerusi dan meja dan komputer.

SOHO WAHM

Perancangan tetap perancangan. Anda perlu membuat persediaan fizikal dan mental kerana perjalanan sebagai Work At Home Mum Malaysia bukan lah senang tetapi tidak lah sukar. Penting ada group yang memberi sokongan kepada anda. Dialu-alukan untuk menyertai kami di TasneemNetwork. Impian kami adalah WHAM.

Work At Home Mum Malaysia Reviewed by on . Assalamualaikum dan salam sejahtera, Work At Home Mum Malaysia merupakan topik pilihan pada kali ini memandangkan ia telah menjadi fenomena baru di kalangan ibu Assalamualaikum dan salam sejahtera, Work At Home Mum Malaysia merupakan topik pilihan pada kali ini memandangkan ia telah menjadi fenomena baru di kalangan ibu Rating: 0

Related Posts

Leave a Comment

CommentLuv badge
scroll to top