Home » Kesihatan » Ujian kesuburan wanita melalui scan rahim

Ujian kesuburan wanita melalui scan rahim

January 15, 2015 7:41 am by: Category: Kesihatan Leave a comment A+ / A-

scan untuk kesuburan

 (Gambar hiasan: Kalau scan kesuburan, nampak imej rahim tanpa janin)

Kalau sebelum ini Umar yang berdebar-debar disebabkan ujian yang perlu dilalui. Kini tiba giliran Humaira menanti namanya dipanggil.

Selesai sesi pendaftaran dan mendapat nombor giliran, Humaira duduk di ruang menunggu bersama Umar.

“Ramainya pesakit, semuanya memboyot, aku je belum” tiba-tiba ada perasaan sedih. Dikuatkan hatinya dan berazam akan berusaha bersungguh-sungguh demi zuriatnya.

Humaira tersedar dari lamunan apabila namanya dipanggil. Dia diminta timbang berat dan diukur tinggi. Alhamdulillah, BMI dia dalam range  normal. Dia diminta untuk menunggu giliran yang seterusnya.

Selepas menunggu dalam tempoh yang agak lama, nama Humaira di panggil sekali lagi. Dia  masuk ke satu bilik, dalam bilik tu ada partition  yang dihadang dengan kain langsir. Umar megikut dari belakang Humaira.  Dia diminta untuk baring pada satu katil yang ditepi ada mesin. Satu gel di sapu pada bahagian bawah perut dan satu alat digerakkan pada bahagian rahim. Terpapar imej rahim pada skrin tv kecil itu.

Staff yang perkenalkan diri sebagai Pn Zahira jelaskan tentang prosedur. Katanya “hari ni saya akan scan rahim puan untuk check normal atau tak rahim puan”

Humaira teringat yang dia pernah baca, scan pelvis ni boeh bantu untuk kenalpasti keadaan rahim. Ada tak ketidaknormal pada rahim. Macam PCOS. Macam rahim terbalik. Berdebar-debar bila fikirkan pasal keputusan scan ni.

“Harap-harap la tak de apa-apa” bisik Humaira

Suara Pn Zahira menyentak dia yang sedang berfikir  ” Puan dah buang air ke tadi?”

Humaira  mengangguk pelahan. Apa pulak kaitan buang air dengan scan ni.

“Sepatutnya, sebelum scan jangan buang air dulu, susah sikit nak check kalau pundi kencing dah kempis ni” jelas Pn Zahira.

Humaira diam. Manalah tahu macam tu prosedur nya. Mana pernah scan sebelum ni. Ni lah first time. Humaira memandang Umar yang tidak berkedip melihat skrin tv kecil itu.  Alat kecil yang dipegang oleh Pn Zahira di gerakkan ke kanan dan ke kiri sambil menjelaskan keadaan ovari kanan dan kiri. Sesi itu berakhir dalam tempoh 10 minit.

“Keputusan ni saya bagi pada doktor ye, nanti doktor jelaskan lebih detail pada puan”

Humaira beredar dari situ dengan perasaan lega dan menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor.

“Ujian kesuburan wanita melalui scan rahim sangat penting kerana rahim yang normal meninggikan potensi untuk hamil. Andai ada ketidak normalan pada rahim, ketidak normalan pada kilang telur …ia boleh menyebabkan peratus untuk hamil menurun”

“Ujian ini juga penting sebab ia mempengaruhi rawatan yang akan diberikan selepas ini”

Itulah yang dijelaskan oleh doktor. Selasai prosedur untuk hari ni. Selepas ini, Humaira perlu menjalani ujian darah. Apa kaitan ujian darah dengan kesuburun? Nantikan pada entry akan datang.

 

Ujian kesuburan wanita melalui scan rahim Reviewed by on .  (Gambar hiasan: Kalau scan kesuburan, nampak imej rahim tanpa janin) Kalau sebelum ini Umar yang berdebar-debar disebabkan ujian yang perlu dilalui. Kini tiba  (Gambar hiasan: Kalau scan kesuburan, nampak imej rahim tanpa janin) Kalau sebelum ini Umar yang berdebar-debar disebabkan ujian yang perlu dilalui. Kini tiba Rating: 0

Related Posts

Leave a Comment

CommentLuv badge
scroll to top