Home » Kesihatan » Ujian kesuburan dengan x-ray rahim

Ujian kesuburan dengan x-ray rahim

January 27, 2015 11:16 am by: Category: Kesihatan Leave a comment A+ / A-

Petang tu Humaira teringat untuk bertanya tentang x-ray rahim kepada kawannya yang pernah buat. Kawan yang dikenali melalui fb group.  Humaira ada join group fb Trying To Conceive (TTC). Dari situ banyak yang Humaira dapat belajar. Dari situ juga Humaira mendapat sokongan emosi. Dia tidak lagi rasa keseorangan dalam menghadapi ujian ini. Syukur Alhamdulillah.

“Sakit ke buat x-ray ni? Dari apa yang dibaca, ada yang kata menyakitkan, ada yang kata sakit sikit je, ada yang kata tak sakit pun” Humaira terfikir bila bersendirian. Lantas diambil telefon dan ditekan nombor Julia.

“Hello!Assalamualaikum Julia”

“Waalaikumussalam, ha! Humaira, kenapa?”

“Ko kan dah buat ujian x-ray rahim tu, apa nama…HSG tu, cuba cerita sikit macam mana prosedur nya. Aku risau la. Perlu ke buat? Macam lah Julia ni doktor, haha….. sebenarnya Humaira cuma nak selesakan diri. Bukan nya dia tak tahu ujian kesuburan dengan x-ray rahim diantara salah satu prosedur yang dicadangkan oleh doktor perubatan untuk mengenalpasti tiada blockage atau sesuatu yang tak normal pada pada tiub Fallapio.

Kalau tiub Fallapio tersumbat atau sempit, akan mengganggu proses pensenyawaan sebab nya ovum akan travel  dari kilang telur ke dinding rahim melalui tiub Fallapio. Sperma juga kena travel  dari pintu serviks ke kilang telur melalui Tiub Fallapio. Persenyewaan mungkin akan berlaku pada Tiub Fallapio dan bergerak ke turun ke dinding rahim untuk penempelan di situ.

Tiub Fallapio

Itulah apa yang Humaira faham dari hasil pembacaan nya selama ni.Macam dalam gambar tu.

“Eh!apa ko cerita tadi? aku berangan jap tadi….haha” Humaira gelak sorang-sorang.

“Ish! penat aku cakap sorang-sorang. Dengar betul-betul ni. Benda ni macam ko x-ray paru-paru masa nak masuk U dulu. Ingat tak?”

“Bila diorang dah panggil ko masuk bilik tu, diorang akan minta ko salin baju. Ada baju khusus yang diorang akan bagi. Sebelum aku lupa, segala gelang, rantai dan cincin ko tanggalkan awal-awal. Tak pakai pun tak pe. Takut hilang nanti”

“Lepas tu diorang akan minta ko baring. Dalam bilik tu ada macam katil. Ko ikut je arahan staff kat situ. Lepas 5 hingga 10 minit dah siap. Masa tu juga diorang akan bagi tahu result. Tapi tak detail la. Depends pada staff juga kot”

bilik prosedur HSG

“Sakit tak?” Humaira menyampuk.

“Tak sakit sangat. Perit sikit je, Ko boleh minta MC kalau nak” Cepat-cepat dia menjawab soalan Humaira.

“Ok lah. Terima kasih sebab sudi cerita dengan aku”

“In Sya Allah semua nya ok, jangan risau sangat lah” Julia membalas

Lega hati Humaira selepas diberi penerangan daripada Julia.Tak de lah dia  blur sangat.

Ujian kesuburan dengan x-ray rahim Reviewed by on . Petang tu Humaira teringat untuk bertanya tentang x-ray rahim kepada kawannya yang pernah buat. Kawan yang dikenali melalui fb group.  Humaira ada join group fb Petang tu Humaira teringat untuk bertanya tentang x-ray rahim kepada kawannya yang pernah buat. Kawan yang dikenali melalui fb group.  Humaira ada join group fb Rating: 0

Related Posts

Leave a Comment

CommentLuv badge
scroll to top