Home » Kesihatan » Ujian darah sebagai ujian kesuburan, perlu ke buat

Ujian darah sebagai ujian kesuburan, perlu ke buat

January 15, 2015 12:17 pm by: Category: Kesihatan Leave a comment A+ / A-

ambil darah

Selepas  scan rahim dan dijelaskan oleh doktor,  Humaira diberikan temujanji seterusnya untuk buat ujian darah.

” Ujian darah sebagai ujian kesuburan, perlu ke buat? ” dengan muka confuse, Humaira ajukan soalan itu.

“Eh!penting ujian ni puan, melalui ujian ini kita dapat tahu tahap hormon puan sama ada berada pada tahap normal atau tidak”

Humaira keluar berjumpa dengan sorang lagi staff untuk ambil tarikh temujanji seterusnya.

“Untuk ujian darah, puan perlu datang ke hospital pada hari ke 2 period dan hari ke 21 period. Puan boleh baca detail pada bahagian belakang kad ye”

Daripada ujian darah, ada 3 jenis hormon yang akan diperiksa. Hormon FSH , LH  dan  progesteron.

Humaira diminta datang ke hospital pada hari ke 2 sebab untuk dapatkan tahap hormon FSH dan LH. Manakala hari ke 21 untuk dapatkan tahap hormon progesteron. Pada masa ini hormon progesteron mula meningkat.

 

kadar hormon untuk kesuburan

Sekiranya tahap hormon dalam range normal, potensi untuk hamil lebih tinggi. Tetapi, kalau range hormon tidak dalam range normal, mungkin perlukan bantuan untuk seimbangkan hormon. Hormon ini penting untuk ovulasi. Period tidak semestinya ada ovulasi. Sebab tu, penting buat ujian darah ni.

Ujian darah dah selesai. Humaira ada satu lagi temujanji.

“Banyak betul nak kena  check  untuk perempuan. Orang lelaki satu je” terdetik di hati Humaira.

Cepat-cepat dia beristighfar. Jangan mengeluh sedemikian. Allah melihat usaha bukan hasilnya.

#nantikan entry yang seterusnya#

 

Ujian darah sebagai ujian kesuburan, perlu ke buat Reviewed by on . Selepas  scan rahim dan dijelaskan oleh doktor,  Humaira diberikan temujanji seterusnya untuk buat ujian darah. " Ujian darah sebagai ujian kesuburan, perlu ke Selepas  scan rahim dan dijelaskan oleh doktor,  Humaira diberikan temujanji seterusnya untuk buat ujian darah. " Ujian darah sebagai ujian kesuburan, perlu ke Rating: 0

Related Posts

Leave a Comment

CommentLuv badge
scroll to top