Home » Umum » Tips nak lipat pakaian yang menimbun

Tips nak lipat pakaian yang menimbun

May 13, 2016 10:16 am by: Category: Umum Leave a comment A+ / A-

Lipat baju. Oh! Malasnya…Tapi kena lipat juga. Sakit mata dah tengok baju menimbun. Antara tips yang saya amalkan.

1. Masukan dalam list things to do.

Bila saya rasa malas tapi banyak kerja, saya akan mulakam dengan ambik satu buku dan satu pen. Catat apa kerja yang nak buat. Termasuk perkara yang remeh. Tak terlupa bab ‘basuh baju, angkat baju, lipat baju, simpan baju”. Semua saya masukan dalam list things to do. Tapi bukan semua serentak. Ada masa “angkat baju”. Ada masa “lipat baju”. Sebab apa yang ditulis tu sebenarnya adalah doa kita. Setiap kali baca list kerja tu, secara tak langsung, kita tengah berdoa minta Allah mudahkan urusan yang menimbun tu.

2. Lipt pakaian sambil tengok tv/ layan cerita.

Letak sebakul baju yang nak dilipat tu kat ruang tamu.  Baru on TV. Kalau on TV dulu, gamaknya, baju pun entah ke mana. Sambil tengok TV, tangan buat kerja. Ada masanya, saya lipat atas katil je. Sebab mudah nak simpan dalam almari. Tapi, sambil tu, layan cerita kat youtube atau dengar radio atau dengar ceramah. Tanpa sedar baju dah siap dilipat.

3. Asingkan pakaian ikut kategori.

Tips ni dibuat tanpa sedar. Bila dah tompok kan baju ikut kategori, mudah sebab tak payah pening nak tukar cara lipat. Betul tak? Kalau dah lipat t-shirt, cara yang sama je kan. Tak de lah nak kena tukar dari lipat t-shirt ke lipat tuala. Walaupun kita rasa remeh, tapi kena guna minda juga tu. Jadi, senangkan kerja asingkan. Saya asingkan ikut kategori saiz dan jenis. Dari yang kecil sampai la besar. Saya asing ikut kategori yang nak disimpan dalam almari nanti. Ada baju jalan, baju suami, seluar, kain batik dan macam-macam lagi. Kalau rasa tak sempat nak lipat semua, angkut semua ikut kategori tu, sumbat dalam almari ikut tempat yang disediakan. Opsss….elakkan ye.

4. Lipat kategori  pakaian yang kecil dahulu.

Lemah juga lipat yang kecil ni. Apa yang kecil nya? Stokin, tuala muka, seluar kecil dan seangkatannya. Yang ni semua, saya simpan dalam almari berlaci dan asingkan ikut kategori juga. Yang ni ada masa, bila tak sempat, saya sumbat je dalam laci ikut level. Tapi setakat ni, selepas operasi mengemas dan menyusun yang kecil ni dalam laci, masih dapat maintain susunan lagi.

5. Sangkut pakaian yang besar dan perlu.

Yang ni paling mudah. Antara yang suka buat. Kalau sidai baju dengan hanger lagi best. Lepas angkat terus simpan dalam almari. Dulu-dulu memang buat macam tu. Tapi, tak cantik dipandangan mata. Lepas dah kerja sendiri, memang luangkan masa melipat pakaian. Ada masa boleh jadi terapi diri. Antara  yang digantung siap, seluar kerja suami, jubah dan baju suami selain t-shirt.

6. Barulah lipat pakaian saiz sederhana.

Pakaian yang sederhana ni biasanya t-shirt. Yang ni, saya asing juga antara jenis kain. Kalau kain ala2 jersi bola tu, simpan asing. Sebab kain macam tu licin dan mudah serabai bila suami main tarik je masa ambil baju. Saya lipat paling sempoi sekali. Tak de skema mana pun.

7. Rewards diri dengan ‘sesuatu’.

Untuk kekal rajin lipat pakaian, bagi lah upah kat diri sendiri. Ikut lah nak upah ape pun. Kalau saya, cukup sekadar terpotong bab pakain ni dalam list things to do.

 

Yang saya kongsikan tips kat atas tu, khusus untuk saya. Mungkin sesuai untuk anda, mungkin juga tak sesuai. Kalau rasa sesuai dengan diri sendiri, silakan untuk amal tips kat atas tu.

Sekian. Wallahua’lam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tips nak lipat pakaian yang menimbun Reviewed by on . Lipat baju. Oh! Malasnya...Tapi kena lipat juga. Sakit mata dah tengok baju menimbun. Antara tips yang saya amalkan. 1. Masukan dalam list things to do. Bila sa Lipat baju. Oh! Malasnya...Tapi kena lipat juga. Sakit mata dah tengok baju menimbun. Antara tips yang saya amalkan. 1. Masukan dalam list things to do. Bila sa Rating: 0

Related Posts

Leave a Comment

CommentLuv badge
scroll to top