Home » Kesihatan » Suami Isteri Punya Cerita

Suami Isteri Punya Cerita

August 12, 2014 11:07 pm by: Category: Kesihatan Leave a comment A+ / A-

Apa yang saya nak kongsikan hari ini memang penting untuk pasangan suami isteri terutamanya bagi pasangan yang dah setahun mencuba untuk mendapatkan zuriat.

Bagi anda yang masih bujang, lelaki atau perempuan, boleh manfaatkan ilmu yang saya nak kongsikan dalam entry ” suami isteri punya cerita”. Suatu hari nanti anda juga akan bergelar suami atau isteri.

Saya bukan doktor. Saya cuma ingin berkongsi apa yang saya tahu supaya anda mendapat segera berusaha untuk mendapatkan zuriat yang sihat dan comel.

bayi comel

 

Ada yang cakap ” ala…baru setahun kahwin, honeymoon la dulu”

Tak kurang juga yang cakap ” Eh!bukan ke dah setahun kahwin, tak de apa-apa lagi ke? Anak jiran sebelah tu, tunggu masa nak bersalin je”

Pedulikan kata-kata orang, kuatkan semangat.Teruskan berusaha! Chaiyok!

Biasanya, selepas setahun kahwin masih belum ada tanda-tanda hamil, anda berjumpa dengan doktor di klinik untuk mendapatkan surat ke klinik O&G atau terus ke klinik O&G untuk dapatkan rawatan.

Untuk sesi pertama, doktor akan dapatkan maklumat peribadi berkenaan latar belakang suami dan isteri. Antara maklumat yang diperlukan adalah masalah perubatan, tempoh perkahwinan, kitaran haid dan sejarah mengandung

Sesi ini penting untuk datang berpasangan suami isteri supaya kedua-duanya faham apa yang diterangkan dan tiada salah menyalah antara satu sama lain.

Selepas itu, doktor akan mencadangkan beberapa ujian saringan untuk memeriksa tahap kesuburan suami dan isteri.

Suami isteri perlu memberikan kerjasama sepanjang menjalankan ujian-ujian ini.

Antara ujian kesuburan bagi isteri adalah:

1.Ujian darah

Ujian pertama yang akan dilakukan adalah ujian darah. Doktor akan meminta isteri untuk menjalani ujian darah pada hari ke-2 period untuk memeriksa paras hormon seperti FSH & LH. Satu lagi ujian darah akan dijalankan pada hari ke-21 selepas period untuk memeriksa paras hormon progesterone.

ujian darah

2.Scan pelvis

Kemudian, doktor akan meminta isteri menjalani ujian pelvis atau mungkin juga dengan bahasa mudah, scan rahim macam check ibu mengandung. Ini bertujuan untuk memeriksa ketidaknormalan pada rahim seperti cyst pada kilang telur atau PCOS.

PCOS

3.Pemeriksaan saluran peranakan (Fallopian tube)

Ujian ini perlu dilakukan untuk memeriksa saluran peranakan sama ada tersumbat ataupun tidak.

Ada 2 cara yang akan dicadangkan bergantung atas keperluan:

i.HSG (Hysterosalpingogram).

Ujian ini seolah-olah x-ray dada. Mungkin bahasa mudahnya, x-ray rahim.  Pesakit akan diminta untuk berbaring pada pada satu alat, seperti katil kecil. Sejenis cecair yang berwarna biru akan disuntik masuk melalui pangkal rahim dan beberapa imbasan x-ray bahagian pelvis diambil untuk mengetahui sama ada saluran peranakan tersumbat ataupun tidak.

HSG

ii.Diagnostic Lap and Dye test

Ini pembedahan kecil. Pesakit akan diberi bius penuh (general anaesthesia). Satu teropong kamera akan dimasukkan ke dalam perut, rahim dan saluran peranakan  melalui  bahagian pusat. Doktor akan memeriksa punca ketidaksuburan isteri.

Sedikit cecair khas akan dimasukkan melalui faraj pada masa yang sama untuk memeriksa saluran peranakan untuk mengetahui sama ada ia tersumbat atau tidak.

Ujian kesuburan bagi suami hanya lah:

Semen Analysis (HSA)

Semen Analysis atau ujian air mani. Suami perlu memberikan sampel air mani supaya dapat diperiksa di bawah mikroskop. Doktor akan memaklumkan kepada anda bilangan, kadar pergerakan dan normality bentuk sperma. Keputusan ini akan dibandingkan dengan bacaan normal.

Ujian ini perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum isteri menjalankan pemeriksaan pada salur peranakan.

semen analisis

bentuk sperma

 

Bagi suami, anda boleh berusaha untuk mendapatkan kualiti sperma yang bagus dengan….

Set kesuburan suami

set kesuburan lelaki

Manakala…

Bagi isteri, anda boleh berusaha untuk tingkatkan kualiti kesuburan dengan….

Set kesuburan isteri

set kesuburan isteri

Ini hanya sekadar cadangan sahaja. Pelbagai cara anda boleh berusaha. Pilihlah yang serasi dengan badan anda

Ok. Selamat mencuba. Jangan sesekali berputus asa

 

 

Suami Isteri Punya Cerita Reviewed by on . Apa yang saya nak kongsikan hari ini memang penting untuk pasangan suami isteri terutamanya bagi pasangan yang dah setahun mencuba untuk mendapatkan zuriat. Bag Apa yang saya nak kongsikan hari ini memang penting untuk pasangan suami isteri terutamanya bagi pasangan yang dah setahun mencuba untuk mendapatkan zuriat. Bag Rating: 0

Related Posts

Leave a Comment

CommentLuv badge
scroll to top