Home » Umum » MAHA 2014 di maeps

MAHA 2014 di maeps

November 23, 2014 10:08 pm by: Category: Umum Leave a comment A+ / A-

Semalam dah janji dengan ‘anakku’…. Shaima nak jumpa dan jalan sama-sama di MAHA. Maklumlah  suami ku  dengan suami Shaima memang dah kenal lama. Malam  tu pula kakak bagi tahu nak join  sekali pergi MAHA 2014 di maeps.

Al kisahnya, kami pun bertolak lah dalam kul 9.30 pagi. Sampai kat sana, kereta dah penuh parking. Ada yang cakap, buat apa pergi hujung minggu. Memang ramai orang. Pergilah hari biasa. Well….kami ni kerja gomen. Hujung minggu je lah masa nak jalan-jalan. Hari biasa tu penat harung jem pergi balik kerja lagi. Pedulikan apa orang cakap. Redah je la parking  kete. Janji tak ganggu orang lain. Kakak siap bawa beg sekolah lagi sebab bawa kelengkapan  anak sekali dengan bekal air. Tak de makna nya nak bawa beg tangan. Dah rasa macam travel oversea la pulak…hehe. Terus teringat kat Master Lyna dengan Master Hadha. Orang-orang hebat!!!Selalu travel dengan anak-anak kecik.

peta lokasi MAHA 2014

Perkara yang wajib ada..peta lokasi aktiviti MAHA 2014. Senang nak rujuk. Kami ambil kata putus nak jalan-jalan kat tempat buah-buahan. Lepas tu, terus ke dewan. Kami larat jalan-jalan  2 dewan je. Kaki dah lenguh yang amat. Harap-harap lah cepat kebah sebab dah ambil 2 ostematrix selepas brekafast tadi.

Dalam dewan yang kami pergi tu, sempatlah singgah kat tempat tanaman cara hidrofonik (macam ni ke eja…huhu). Singgah juga kat tempat solar. Dua tu memang minat en. suami. Dulu-dulu pernah tanam sayur guna kaedah hidrofonik. Tapi  best lagi bila guna kaedah fertigasi. Memang fresh sayur. Petik kat belakang rumah je. Suami i kan seorang mementingkan kesihatan. Sebab tu sanggup tanam sendiri. Dulu lah….masa kita oraang menyewa kat rumah teres. Sekarang ni … beli je sebab dah pindah rumah pangsapuri.

hydroponik

Yang tengah dalam eksperimen…. solar. Alhamdulillah, nampak lah efeknya. Guna kipas dengan solar. Plan nak letak solar kat rumah kalau dah ada rumah  sendiri  la. amin..

solar

Lepas dah habis round 2 dewan, kami beratur nak pergi tengok haiwan. Punya lah panjang beratur  nya. Beratur  lah juga  sebab  tak de pilihan  lain.  Anak buah dah mula meragam sikit sebab dia dah ngantuk. Masa ni cuaca  memang  panas. Bekal air masak yang kami bawa dah tinggal  sikit. Bagusnya kalau  ada  performance  drink. Boleh elak dehydrate (kurang air dalam badan).

bas

Lepas dah setengah jam beratur panjang, akhirnya dapat la naik bas. Betul-betul mengimbau memori 15 tahun yang lepas semasa masih sekolah. Anak buah excited  dapat naik bas. Maklumlah hari-hari naik kete.

So kalau nak pergi tempat  macam ni,kena lah betul2 siapkan diri sebelum datang. Ambil supplement atau tidak…terpulang pada anda

MAHA 2014 di maeps Reviewed by on . Semalam dah janji dengan 'anakku'.... Shaima nak jumpa dan jalan sama-sama di MAHA. Maklumlah  suami ku  dengan suami Shaima memang dah kenal lama. Malam  tu pu Semalam dah janji dengan 'anakku'.... Shaima nak jumpa dan jalan sama-sama di MAHA. Maklumlah  suami ku  dengan suami Shaima memang dah kenal lama. Malam  tu pu Rating: 0

Related Posts

Leave a Comment

CommentLuv badge
scroll to top