Home » Kesihatan » Macam mana ujian kesuburan lelaki dijalankan?

Macam mana ujian kesuburan lelaki dijalankan?

January 11, 2015 11:41 pm by: Category: Kesihatan Leave a comment A+ / A-

Sambungan……

“Macam mana ujian kesuburan lelaki dijalankan ye?” fikir Umar sendirian sambil termenung. Hatinya tidak keruan. Nak tanya kawan…malu. Takut pulak orang lain tahu pasal diri dia. Mana nak letak maruah diri?

“Redah je la esok” bisik hati kecil Umar. “Kerana anak aku rela buat apa saja” tegas kata hati Umar. ******************************************

Humaira menemani Umar untuk ujian keseburan tersebut. Muka Umar tenang. Setelah selesai mendaftar, Umar diarahkan untuk pergi ke sebuah bilik.

“Wah! macam bilik hotel je bilik ni.. Siap ada bilik mandi” ngomel Umar.

bilik tidur

Dalam handouts yang diberikan, suami dibolehkan untuk mendapatkan sampel sperma di rumah sekiranya tidak selesa dengan syarat sampel sperma mestilah sampai ke makmal dalam tempoh 45 minit dan persekitaran tidak terlalu panas. Risikonya,  dikhuatir sperma mati dalam perjalanan. Maka sia-sia sahaja usaha.

Dalam handouts yang diberikan juga disarankan untuk tidak bersama dalam tempoh 3 – 5 hari bagi memastikan kualiti sperma terjaga supaya keputusan lebih tepat.

Umar tidak pasti prosedur dan keadaan di hospital lain. Yang pasti dia selesa. Kurang sikit perasaan gemuruh. Macam mana nak dapatkan sampel sperma tu, sendiri faham lah ye. Tak kan itu pun nak cerita. ..huhu…Eh! jangan lupa mandi wajib ye bagi muslim.

Setelah itu, sampel sperma diserahkan kepada staff  dikaunter. Nasib baik orang tak ramai sangat.

“Hasil ujian kesuburan suami puan akan dimaklumkan pada sesi temujanji seterusnya” maklum staff  tersebut sambil tersenyum.

“Ah!Lega dah selesai” mereka berjalan sambil berpegang tangan menuju ke kafeteria  dengan harapan mendapat result positif. 

Nantikan sambungan seterusnya

Macam mana ujian kesuburan lelaki dijalankan? Reviewed by on . Sambungan...... "Macam mana ujian kesuburan lelaki dijalankan ye?" fikir Umar sendirian sambil termenung. Hatinya tidak keruan. Nak tanya kawan...malu. Takut pu Sambungan...... "Macam mana ujian kesuburan lelaki dijalankan ye?" fikir Umar sendirian sambil termenung. Hatinya tidak keruan. Nak tanya kawan...malu. Takut pu Rating: 0

Related Posts

Leave a Comment

CommentLuv badge
scroll to top