Home » Shaklee » Kombinasi hebat dengan 3 cara untuk kurus

Kombinasi hebat dengan 3 cara untuk kurus

August 15, 2014 1:07 am by: Category: Shaklee Leave a comment A+ / A-

Kombinasi hebat dengan 3 cara untuk kurus menyebabkan anda dikomen dengan kata-kata ini…

Eh! Akak! Kenapa nampak makin kecik?

Eh! Kurusnya awak sekarang? Apa rahsia?

Eh! Nampak macam muda la sekarang ni.

 

Itu lah komen-komen yang diterima sejak dah berat badan turun 9kg. Kalau dulu…

Sihat sekarang, pregnant ke?

Eh! Nampak makin bulat la.

Makin chubby la awak sekarang ni

timbang berat

Berterima kasih la dengan komen-komen mereka. Jadikan itu push factor anda untuk turunkan berat dan capai berat badan yang ideal

Diantara cara-cara nya:

Kurus dengan cara Diet Atkins (DA)

Ada orang kata diet ni diet nasi sebab tak boleh makan nasi langsung.

Ada orang kata diet ni diet karbo sebab pantang larangnya tak boleh makan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mee,roti dan lain-lain.

Sebenarnya Diet Atkins ini adalah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.Atkins

Diet Atkins mempunyai 4 peringkat:
Fasa 1 :  Induction (Induksi/ Pengenalan )

Fasa ini sangat penting .Perlu betul-betul berdisiplin sebab badan baru nak dapatkan momentum.

Sebaik-baiknya lakukan selama 2 minggu atau lebih mengikut kondisi badan.. Karbohidrat di had kan kepada 20g sahaja pada peringkat ini.

Fasa 2 :  Ongoing Weight Loss [OWL] (Susut Berat Badan Berterusan)

Anda boleh makan di antara 25 dan 45 karbohidrat bersih setiap hari. Fasa 2 berlangsung sehingga anda kira-kira 10 paun dari berat badan yang diingini anda.

Fasa 3 :  Pre-Maintenance (Pengekalan Awal)

Anda boleh makan 50-70 karbohidrat bersih setiap hari. Fasa 3 berlangsung selama sekurang-kurangnya sebulan selepas mencapai berat badan anda kehendaki.

Fasa 4 :  Lifetime Maintenance (Kekal Seumur Hidup)

Pada masa ini, anda perlu mempunyai idea yang baik berapa banyak karbohidrat yang anda boleh makan untuk mengekalkan berat badan anda. Ada macam-macam menu makanan sedap. Kena rajin la search ye…

Kurus dengan cara Kevin Zahri

Anda sangat digalakkan untuk mengikut exercise yang diberi tunjuk ajar oleh Kevin Zahri personal trainer dan nutritionist yang berpengalaman 10 tahun. Exercise ini  agak mudah dan boleh dilakukan di rumah sahaja.

exerxcise lelaki

Untuk perempuan, anda boleh lakukan dirumah sambil menonton tv. Sekiranya tidak mampu lakukan semua, pilihlah yang mampu anda lakukan. Biarkan badan anda berpeluh. Itu tanda lemak anda sedang terbakar.

exercise perempuan

Kalau anda rajin nak mengira, kira lah kalori yang diperlukan oleh badan. Ambil makan dengan kalori yang dikira.

Kurus dengan Set Kurus Shaklee

Suplemen sangat penting untuk membantu anda kuruskan badan. Anda boleh mencuba Set Kurus Shaklee. Dalam set tersebut ada lechitin yang terkandung :

  • KAsetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak dan sistem pernafasan.olin – satu komponen neurotransmitter (memberikan impuls dari saraf satu ke saraf yang lain)
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan
  • Asid linoleik (essential fatty acid) yang amat diperlukan oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian.

Fungsi Lechitin

  • Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.Untuk memproses metabolisma, kolestrol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  • Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  • Membantu mengawal paras triglycerides (sejenis lemak yang terdapat di dalam darah, badan menggunakannya untuk tenaga)
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh darah

lechitin

 

 

Kombinasi hebat dengan 3 cara untuk kurus Reviewed by on . Kombinasi hebat dengan 3 cara untuk kurus menyebabkan anda dikomen dengan kata-kata ini... Eh! Akak! Kenapa nampak makin kecik? Eh! Kurusnya awak sekarang? Apa Kombinasi hebat dengan 3 cara untuk kurus menyebabkan anda dikomen dengan kata-kata ini... Eh! Akak! Kenapa nampak makin kecik? Eh! Kurusnya awak sekarang? Apa Rating: 0

Related Posts

Leave a Comment

CommentLuv badge
scroll to top