Home » Motivasi » Family Day Tasneem Network 2014

Family Day Tasneem Network 2014

April 27, 2014 11:36 pm by: Category: Motivasi 1 Comment A+ / A-

Pada 13 April 2014, tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua team Tasnem Network.

Family Day Tasneem Network!!!

family day tasneem network

Ini lah kali pertama kami akan bertemu. Dup dap… dup dap…. selama ni hanya tahu nama dan tengok gambar dari whatssap je. Alhamdulillah, dah kenal beberapa orang masa NDT semalam. Tapi hari ni jumpa lagi ramai!!!Yeah!!!

Tempat pilihan memang menarik. Mewahkan tempat ni? Ada kolam renang lagi. Anak-anak memang sangat teruja. Tu dia…siap berbaring atas rumput karpet tu sambil menghayati langit ciptaan Allah. Ni sebenarnya umpan diorang supaya tak ganggu mak-mak yang coaching nanti.  Nak tahu kat mana? ha…kat sini lah tempatnya…Bangi Heights Homestay. Memang best lah Family Day Tasneem Network ni. Memang beruntung dapat join group ni.

Bangi Height Homestay

berenang

Sesi pagi bermula dengan berkenalan dengan keluarga shaklee yang lain. Macam-macam latar belakang ahli Tasnem Network yang hadir. Ada doktor. Ada cikgu. Ada engineer. Ada surirumah. Ada business woman. Isteri-isteri semuanya mengimpikan untuk menjadi WAHM. Termasuk lah diri ku juga. Dari jauh mereka sanggup datang untuk menuntut ilmu. Ada yang dari Johor, Perlis, Klang, Putrajaya….. dan ada yang dari Kajang dan Bangi pun. Allah pertemukan kami semua hari ini dengan tujuan yang sama. Seronok sangat!!!Allhamdulillah….

sesi coaching

Lepas tu, sesi muhasabah income. Semua dikehendaki menyenaraikan perbelanjaan bulan. Dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara. Ini memang booster untuk membina empayar bisnes shaklee. Mana taknya, kalau gaji tu negatif je setiap hujung bulan. Macam mana nak menyimpan? Jadinya, kena lah mencari side income. Alhamdulillah, bisnes shaklee ni dah terbukti membantu menjana pendapatan tambahan. Kami dah pun merasa bonus shaklee. Ada yang 3 angka. Ada yang dah 4 angka pun. Income boleh mencecah 6 angka. Tapi bukan lah dalam sekelip mata je. Jom join kami!!!

 BBQ

sesi makan

 Dah penat coaching blog, kita orang makan pula. Ayam tu siap dibasuh dengan Basic H lagi. hilang semua lemak yang tersembunyi. Macam-macam makanan yang ada. Siap ada ayam BBQ lagi. Terima kasih tak terhingga buat para suami yang supportive. Isteri belajar, suami tolong sediakan makanan tengahhari. Para suami boleh join group Aku Sayang Bini (ASB). Kumpulan suami-suami yang isterinya bershaklee.

sesi inspire

 Akhir sekali bergambar dengan master to be, Pn Adilah selepas sesi perkongsian tips untuk terus sukses dalam membina empayar bisnes shaklee. Ambil aura postif untuk jadi master jugak…aminnn…(sedih sebab saya tak de masa ni sebab kena pergi Melaka pulak). Allhamdulillah, dapat dengar rakaman melalui whatssap.Terima kasih kepada Alin yang tolong rekod dan share. Dengar sambil menjadi co-pilot dalam kereta. Hihi….kat mana-mana pun saya akan ambil peluang ni untuk belajar. Sekarang kan zaman berteknologi. Semuanya dihujung  jari.

Peluang untuk  menjana pendapatan sampingan dan membina empayar bisnes sendiri sedang menanti anda.

Family Day Tasneem Network 2014 Reviewed by on . Pada 13 April 2014, tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua team Tasnem Network. Family Day Tasneem Network!!! Ini lah kali pertama kami akan bertemu. Dup Pada 13 April 2014, tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua team Tasnem Network. Family Day Tasneem Network!!! Ini lah kali pertama kami akan bertemu. Dup Rating: 0

Related Posts

Comments (1)

  • Izanaa

    Saya telah beberapa kali menerima call dari pembaca yang berminat untuk menyewa dan menjalankan program di Bangi Height Homestay.

    Sebenarnya, saya tidak berurusan dengan pihak homestay. Saya hanya update cerita tentang aktiviti kami di Bangi Height Homestay.

    Bagi yang berminat boleh layari website http://bangiheightshomestay.com/

    Selamat beraktiviti di Bangi Height Homestay

Leave a Comment

CommentLuv badge
scroll to top