Home » Kesihatan » Apa kaitan berat dengan kesuburan?

Apa kaitan berat dengan kesuburan?

January 15, 2015 10:18 am by: Category: Kesihatan 1 Comment A+ / A-

pasangan obesiti( Pasangan yang berjaya menguruskan badan bersama-sama. Dulu gemuk sekarang dah kurus)

Setelah sekian lama tak bertemu dengan kawan, akhirnya mereka bertemu juga di sebuah  cafe. Humaira sangat seronok dapat bertemu dengan kawan lama. Dapat dia bertukar-tukar cerita. Dalam bercerita, ada satu cerita yang menarik minat Humaira.

“Ada kawan kepada kawan ni cuba untuk dapatkan anak kedua. Anak pertama dah 3 tahun. Anak pertama bunting pelamin. Masa tu dia memang happy  sangat. Kawan ni ingat senang lekat lah untuk anak pertama. Bulan berganti bulan masih belum pregnant. Dek kerana susah hati, dia ambil keputusan untuk jumpa doktor. Doktor nasihatkan untuk turunkan berat badan. Kawan ni pun mulalah berdiet. Alhamdulillah dapat turunkan berat 5kg dia dapat berita gembira sebab preggy  kali ke dua” bersungguh-sungguh kawan Humaira bercerita.

Dalam diam Humaira kembali bersemangat untuk terus berusaha. Kalau ikutkan masa check kat hospital hari tu, BMI dia normal. Sepatutnya tak de masalah la nak preggy.

“Tapi, apa kaitan berat dengan kesuburan?” Nasib baik kawan Humaira dah kawin. Tak delah sentap sangat soalan ni.

” Ni apa yang aku baca dan apa yang kawan aku kongsi la kan. Kalau nak tahu detail, ko tanya doktor”

“Ni BMI  chart ” Kawan Humaira tunjukan gambar yang dia search kat google.

BMI normal

“Macam mana nak kira? ” tak sabar-sabar Humaira mencelah.

“Ha!ko tengak gambar ni, ni cara kira BMI” Kawan tunjuk kan gambar lain yang dia search pula.

cara kira BMI“cuba kira BMI ko” Kawan Humaira cepat-cepat ON kalkulator kat handphone dia.

“Eh! tak payah lah, aku dah tahu BMI aku masa pergi hospital hari tu”

“Kawan aku cakap, sebaiknya suami isteri dalam range BMI normal sebab kalau underweight atau overweight boleh ganggu keseimbangan horman. Kalau hormon tak seimbang ia akan ganggu penghasilan sperma dan ovum yang berkualiti. Kalau horman tak seimbang bagi perempuan, akan efek ovulasi. Kalau ovulasi tak berlaku, macam mana telur atau ovum tu nak keluar dari kilang dia. Dah tu macam mana nak bercantum dengan sperma. macam mana nak jadi anak. Kalau ovulasi berlaku jarang-jarang, peluang nak dapat anak tipis melainkan betul-betul tahu timing ovulasi”

“Amboi! dah macam doktor pulak ko ni” Humaira menyampuk. Nasib baik kawan dia tu ada sejarah lambat dapat anak juga. Boleh dipercayai lah apa yang dia cerita tu sebab anak dia dah berderet. So Humaira rasa ada orang faham masalah dia. 

“Kalau macam tu, kenalah berusaha untuk seimbangkan hormon tu” Humaira pula yang bersemangat.

“In Sya Allah, ada lah rezeki tu, aku doakan ko dapat anak yang sihat dan comel” jujur doa dari kawan Humaira.

Sesi pertemuan kami terpaksa diakhirkan sebab kami kesuntukan masa. Tak sangka pula jadi topik apa kaitan berat dengan kesuburan.

#nantikan entry seterusnya#

 

Apa kaitan berat dengan kesuburan? Reviewed by on . ( Pasangan yang berjaya menguruskan badan bersama-sama. Dulu gemuk sekarang dah kurus) Setelah sekian lama tak bertemu dengan kawan, akhirnya mereka bertemu jug ( Pasangan yang berjaya menguruskan badan bersama-sama. Dulu gemuk sekarang dah kurus) Setelah sekian lama tak bertemu dengan kawan, akhirnya mereka bertemu jug Rating: 0

Related Posts

Comments (1)

  • Izanaa

    hai

Leave a Comment to Izanaa

CommentLuv badge
scroll to top