Home » Umum » 7 menu hari raya

7 menu hari raya

August 8, 2014 1:28 am by: Category: Umum Leave a comment A+ / A-

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Hari ini saya nak kongsikan 7 menu hari raya. Sebenarnya banyak lagi menu hari raya. Ini adalah di antara menu yang saya kerap jumpa bila berhari raya di rumah jiran, sudara mara dan kawan-kawan. Tahun ni, giliran saya beraya di pantai timur. Tahun lepas beraya di utara.

1. Lemang

menu raya lemang

Tahun ni suami dah plan awal-awal nak buat lemang sendiri sebab tahun lepas dia tak dapat nak buat lemang. Memang seronok la pegalaman buat lemang sendiri ni. Yang best nya sebab lemang diorang ni ada pelbagai rasa. Tahun lepas ada perasa jagung. Tahun ni ada perasa manisan.Lemang ni kita orang makan buat sarapan di pagi raya. Lemang di makan dengan rendang.

2. Rendang ayam dan daging

menu raya rendang

Hajat di hati cuma nak buat rendang daging je. Tapi disebabkan daging yang dapat dibeli tu sikit, kena lah tambah dengan rendang ayam. Jenuh pusing kampong pasar, semua daging habis di jual. Rezeki lah tahun ni buat dua jenis rendang. Saya lebih suka makan rendang daging. Rendang daging tahan lama. Rendang ayam cepat basi kalau lambat dihangatkan semula.

3. Nasi himpit kuah kacang

menu raya nasi himpit

Kalau suami saya beria dengan lemang nya. Mak saya beria dengan rendang nya. Abang Long pula beria dengan nasi himpit kuah kacang dengan satay. Macam-macam menu bila dah berkumpul ramai-ramai. Malam raya tu pulun sakan la diorang ni bakar satay untuk pagi raya. Bakar 10  cucuk, makan 5 cucuk. Esoknya…satay tu dah tinggal separuh. Nasi himpit je masih banyak. Ngelat betul la diorang ni.

4. Nasi beriani

menu raya nasi beriani

Ini pula menu sepupu saya, Chef Mato. Dia memang terer la bab masak-masak ni. Siap ada perencah serbaguna sendiri. Lain kali bolehla saya kongsikan perencah serbaguna Chef Mato. Sorang lagi suka masak nasi beriani time raya… Mak Su Ani. Tahun ni tak sempat nak beraya rumah Mak Su Ani sebab nya saya dah kena balik KL. Raya ke tiga dah kena keje…huhu.

5. Laksa Penang

menu raya laksa penang

Ini menu wajib jiran saya. Setiap kali hari raya…ini lah menu nya. Tapi ini laksa penang versi pantai timur. Kalau nak laksa penang versi utara, kena minta suami saya yang masakkan sebab dia orang utara. Sejak dulu lagi saya memang suka makan laksa penang. Tapinya… jarang lah dapat jumpa laksa penang ni kat Terengganu time raya. Kalau kat Kedah…hamper setiap rumah buat menu laksa penang hari raya. Rasa je yang berbeza.

6. Popia dan biskut raya

menu raya popia simpul

Hampir setiap rumah ada popia. Yang beza nya…popia simpul atau mini popia. Yang istimewanya…tahun ni buat popia simpul sendiri dan jual. Kita orang suami isteri akan rasa popia di setiap rumah yang ada popia. Lepas tu…komen. Dah rupa macam juri pulak. Selain dari popia, pastinya banyak biskut raya yang pelbagai rupa dan bentuk. Rasa biskut hampir sama sebab nya berasaskan dari tepung.

7. Air oren

air oren

Air wajib ada. Kalau tak de, boleh tercekik. Dah la makan banyak. Mesti lah kena minum air. Biasanya kami dihidangkan dengan air oren. Ada juga yang buat air sirap. Yang lagi best, yang bagi air dalam botol siap bancuh. Senang sangat. Tak payah bancuh dengan air gula. Nak minum, tuang je.

Itu antara 7 menu hari raya. Sebenarnya, ada macam-macam lagi menu hari raya. Apa yang saya kongsi adalah berdasarkan pengalaman dan perhatian saya sendiri. Anda pasti ada menu yang lagi menarik kan? Bila dah makan, berat badan pun dah naik. Tibalah masa nak kena diet pula. Saya akan kongsi tips untuk diet di entry yang akan datang.

Sekali lagi saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

gambar raya 2014                 Ketuk-ketuk iReach                 gambar raya lagi

Nota: Hujung minggu ni ada open house kat hotel…lalala…

7 menu hari raya Reviewed by on . Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Hari ini saya nak kongsikan 7 menu hari raya. Sebenarnya banyak lagi menu hari raya. Ini adalah di anta Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Hari ini saya nak kongsikan 7 menu hari raya. Sebenarnya banyak lagi menu hari raya. Ini adalah di anta Rating: 0

Related Posts

Leave a Comment

CommentLuv badge
scroll to top