Home » Kesihatan » 5 Tips Kekal Kurus

5 Tips Kekal Kurus

August 11, 2014 1:22 am by: Category: Kesihatan Leave a comment A+ / A-

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin (valid lagi kan ucapan ni… hehe)

Masih terasa aura sambutan hari raya tadi bersama Master Lyna dan Master Zainul. Macam-macam menu ada. Lebih dari 7 menu hari raya. Mula pukul 2 petang sampai pukul 6 petang. Makan sampai nak pecah perut. Lepas  makan baru fikir…

dulu gemuk sekarang kurus

Kalau majlis nya kat hotel, macam ni lah menu nya…

makanan sedap

(tu ada gambar Master Lyna dan Master Zainul)

Sebelum saya kongsikan 5 tips kekal kurus, saya nak kongsikan sikit cerita sambutan hari raya tadi. Yang menarik nya kami dapat semula yuran yang dibayar hari tu, Rm25. Murah je kan? Dah la murah, dapat makan macam-macam. Lepas tu, dikembalikan pula yuran tu sekali dengan  doorgift.

doorgift

Best sangat sebab dapat free beg, free lechitin dan free herbalax. Saya suka sebab tu antara vitamin untuk kuruskan badan.

Ok, antara tips kekal kurus…

1. Minum air kosong

minum air kosong

Kekalkan minum air ikut keperluan badan. Ikut berat ideal yang dah dicapai. Ikutkan teori sesorang itu perlu minum 1 liter untuk setiap 25kg berat badan. Contoh nya, kalau berat tu 50kg, kena lah minum 2 liter air sehari. Adik kat dalam gambar tu pun minum air kosong. Kita yang dewasa ni lagi lah kena minum air kosong.

2. Exercise

exercise

Kekal kan exercise. Yang ringan-ringan pun tak pe. Janji exercise. Paling tak pun, lompat-lompat macam adik saya kat dalam gambar. hehe… Lompat bintang pun tak pe. Bagi yang perempuan, anda boleh cuba untuk lompat bintang sambil tengok tv tu. 5 minit pun cukup. Kalau buat kerja rumah pun berpeluh sakan.

Kalau dah makan macam-macam makanan macam dalam gambar kat atas tu hari-hari… memang boleh kembali gemoookkk… Kalau tak nak kembali gemuk….jom exercise. Bagi keluar peluh sikit. Barulah badan sihat.

3.  “cheat day”

cheat day

 

 

Makan lah apa sahaja apa yang anda nak makan.

Saya pilih hari outing ke Restoran Berpusing di Menara Kuala Lumpur dengan rakan-rakan sekerja. Tengok kami kat atas tu. Mulut penuh dengan makanan. Kembung pipi. Best la juga makan sambil berpusing tengok KL.

 4. OMEGA @ Lechitin

omega shaklee  lechitin

 

Kekalkan amik omega atau lechitin terutama pada hari “cheat day” atau hari anda terlebih makan. Omega dengan lechitin ni bagus untuk memecah dan membakar lemak-lemak dalam badan. Bukan itu sahaja, omega dan lechitin pun mengurangkan kolesterol dalam badan. Membantu mereka yang ada kencing manis juga.

Bukan ke tadi kita dah makan macam-macam makanan. Ada daging kambing la… berkolesterol,  ada kuih-muih la…manis kan, ada nasi la…ada mee la….tinggi karbohidrat tu.

Tak kisah la kalau jenama vitamin lain pun. Janji amik juga. Tapi… saya lebih suka omega dan lechitin Shaklee.

5. Herbalax

herbalax

Kekalkan amik herbalax. Saya amik herbalax bila perlu terutama bila perut sebu sebab makan banyak. Ni kira macam julap la.

Perasan tak, kalau kita makan campur-campur, perut macam meragam sikit. Ada juga yang sampai cirit-birit. Tak best la kan, dah syok makan sedap-sedap, sakit perut pula.

Tahukan herbalax ni akan tolong bersihkan usus secara semulajadi. Jadinya, tak de lah perut kita meragam. Makan sedap-sedap, banyak-banyak, perut pun selesa.

Sekali lagi, tak kisah la amik herbalax jenama apa pun, janji anda sihat. Apa-apa pun saya suka herbalax Shaklee.

*** ada satu lagi vitamin yang best bila ‘cheat day’ ***

nantikan entry yang seterusnya…

 

Bagi yang ingin mencuba untuk kurus, anda ada 2 pilihan:

1. Set kurus bajet

set kurus bajet

2. Set kurus lengkap

set kurus lengkap

Berat saya telah berkurang 9-10 kg. Hubungi saya untuk konsultansi cara pengambilan vitamin.

5 Tips Kekal Kurus Reviewed by on . Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin (valid lagi kan ucapan ni... hehe) Masih terasa aura sambutan hari raya tadi bersama Master Lyna dan Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin (valid lagi kan ucapan ni... hehe) Masih terasa aura sambutan hari raya tadi bersama Master Lyna dan Rating: 0

Related Posts

Leave a Comment

CommentLuv badge
scroll to top